Isu ini berlaku disebabkan oleh penempatan guru-guru baru atau guru pelatih yang bergantung kepada kekosongan sekolah. Kebiasaannya, isu ini terjadi di sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan pedalaman. Guru- guru yang mengajar subjek bukan opsyen ini terpaksa mengajar subjek mengikut keperluan sekolah yang mana berlainan daripada bidang utama guru tersebut. Hal ini menyebabkan guru tersebut kurang berkeyakinan dalam mengajar subjek yang mereka kurang mahir dan terpaksa meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka terlebih dahulu. Situasi ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung akan terganggu dan turut menjejaskan sesi pembelajaran pelajar. Bagi mengatasi masalah ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya memberikan penempatan yang lebih sesuai kepada semua guru mengikut subjek utama guru. Pihak pentadbiran sekolah juga seharusnya memainkan peranan dengan menyediakan kursus persediaan awal kepada guru yang diberikan penempatan mengajar yang tidak mengikut opsyen. Dari segi guru pula, persediaan mental dan fizikal dari guru amatlah perlu bagi memastikan setiap guru sentiasa bersedia walaupun ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen.
Guru Tidak Mahir Atau Tidak Terlatih Dalam Bidang ICT
MASALAH DISIPLIN DI KALANGAN GURU
Masalah disiplin dalam kalangan guru yang biasa berlaku di sekolah ialah guru masuk lewat ke dalam kelas. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana ianya boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, sesetengah guru yang tidak menjaga etika dan tidak mampu mengawal emosi cenderung menjadi contoh yang tidak baik kepada para pelajar. Penampilan guru itu sendiri sudah memberi impresi pertama kepada orang yang melihatnya. Guru juga perlu ada kawalan emosi yang baik supaya tidak melepaskan kemarahan terhadap pelajar sesuka hati.
Kebanyakan ibu bapa sekarang mempunyai kerjaya jadi mereka kadang-kadang tidak mempunyai masa untuk memeriksa serta memantau kerja sekolah anak-anak. Jadi sebagai solusi, mereka menghantar ke pusat tuisyen dengan harapan anak mereka lebih bersedia ke dewan peperiksaan. Ramai berpendapat mereka menghantar anak-anak ke pusat tuisyen disebabkan pengajaran guru di sekolah kurang mencukupi. Dalam jangka masa yang panjang, peranan guru di sekolah dianggap kurang penting. Jika dahulu, pusat tuisyen berfungsi sebagai sumber tambahan dan kelas persediaan sebelum ke kelas, kini pusat tuisyen berperanan sebagai sekolah. Peranan guru terus dipandang sepi jika tenaga pengajar di pusat tuisyen bukan seorang guru.
No comments:
Post a Comment